Search

|| 4 Tips Menguasai Bahasa Arab Gaya Dr Mohd Daud ...

  • Share this:

|| 4 Tips Menguasai Bahasa Arab Gaya Dr Mohd Daud Bakar ||

1) Tetapkan matlamat yang ingin dicapai sebagai kayu ukur pencapaian. Kayu ukur boleh ditetapkan secara harian, mingguan atau bulanan. Ini boleh memberi motivasi kepada pelajar kerana mereka dapat mengukur kemajuan mereka dari semasa ke semasa.

2) Fokus kepada perbendaharaan kata. Sebagai contoh satu minggu, 10 perbendaharaan kata baharu.

3) Kembangkan penggunaan kata akar. Setiap kata akar dalam bahasa Arab boleh dikembangkan kepada banyak bentuk dan penggunaan. Sebagai contoh 'kataba' (menulis), 'kaatibun' (penulis), 'maktabah' (perpustakaan).

4) Mahirkan diri dengan perbendaharaan kata tersebut dan penggunaannya dalam pelbagai keadaan. Jangan pergi ke perbendaharaan kata baharu selagi belum benar-benar menguasai sesuatu perbendaharaan kata.

Selamat Mencuba dan Berjaya!


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts